Ibu Ainaa Amanda Shahzali Cerita Kisah Sebenar Anaknya


INGATKAH lagi anda dengan video ‘Kisah Murid Kudung Ini Diejek Amat Menyentuh Hati’yang kami kongsikan pada Selasa lalu?
Dalam video tersebut, kanak-kanak bernama Ainaa Amanda Shahzali, 7, itu meluahkan perasaan sedihnya kerana diejek oleh rakan-rakan kerana kecacatan tangannya.
Justeru, menerusi akaun Facebook, ibunya, Abby Hassan telah berkongsi kisah anaknya itu yang dilahirkan selepas 11 tahun menanti untuk dikurniakan zuriat.
Tulisnya:
abby
“Sebenarnya Abby tidak suka bercerita sedih sedih di FB. Abby positifkan diri utk gembira sebaik bangun tidur..tetapi permintaan yg banyak utk mendengar cerita Abby Hassan pasal Amanda makanya abby bercerita lagi.
“Sambungan dari cerita sebaik selepas melahirkan amanda.
13.12.2008 secara pembedahan jam 7.15pagi Amanda selamat dikeluarkan dr perut mama ni. Ada satu perasaan yg keluar dr naluri ibu ini. Sempurnakah anakku? Ketika ditunjukkan jantina perempuan.abby rasa amat bersyukur sangat. Mmg abby nak baby perempuan. Tetapi sebaik abby bertanya dari nurse. Bagai nak luluh hati ini. Nurse ckp..
“anak kak sihat…comel sangat..tapi…tapi…..” perkataan tapi..tapi.. terhenti disitu. Dia tak boleh sambungkan lg. Ya Tuhan..hati ibu mana lah dapat terima ayat TAPI waktu itu.
Dalam keadaan masih lg lemah,Doktor Inder singh (INS Specialist) datang dan bg semangat.
“Ayah amanda mantan suami abby terus pengsan sebaik mendengar berita itu. Abby hanya tahu menangis dan menangis… ya Allah apakah salahku…? Dosa apakah aku? Why me? Why me? Kenapa aku yg Engkau pilih. Waktu.itu mmg tidak fikir lain..kecuali apa yg Allah bg adalah.mgkin pembalasan dari apa dosa dosa lampau. Selama 3 hari di hospital abby menangis. Doktor dan nurse datang berkali kali.memujuk abby sbb Abby tidak.mahu berjmpa Amanda. Mmg abby kejam.waktu tu. Abby tak dapat terima apa yg Allah bagi. Mengapa abby yg Allah pilih? Why why why…???? Persoalan yg tiada jawapan.
“Sebaik bangun tidur..abby pasti fikir..abby hanya bermimpi.melahirkan anak yg tiada tangan.
Hari ke 3..waktu keluar hospital..Abby dibawa kepada Amanda. Amanda dibalit rapi. Nurse hulurkan Amanda yg dah boleh buka matanya. Ya Tuhan…comelnya anakku. Mata yg bundar dan bulat. Mulut yg kecil. Dan dia tersenyum pd abby sebaik abby memegannya. Abby dakap amanda. Waktu itu naluri keibuan baru hadir…
“Perasaan yg selama 3 hari abby tanggung spt dijemput keluar tiba tiba. Inilah yg ku tunggu2 selama berbelas tahun. Inilah zuriatku. Ku kucup amanda. Dihati bernekad. Apapun akan terjadi..aku akan pelihara dia sebaik mungkin. Allah takkan menguji aku lebih dari kemampuanku. Allah menguji org yg Dia pilih sahaja… dan org itu adalah Abby… Allahurabbi… Hanya Engkau Yang Mengetahui….ku terima jalan yang Engkau tetapkan…Aku insan yg dipilihmu…..”
Statusnya itu mendapat respon yang cukup positif daripada para netizen yang rata-rata memberikan kata-kata semangat kepada Abby agar terus kuat untuk menjaga amanah Allah SWT itu.
abby 2
Apapun, kami doakan semoga ujian ini akan digantikan dengan ganjaran yang berganda lebih baik di akhirat kelak. InsyaAllah. – MYNEWSHUB.CC

0 comment... add one now