[VIDEO] AKSI MIKFORON ZIANA ZAIN TERPELANTING


Ziana Zain memang cukup dikenali dengan auranya sebagai seorang diva dalam industri seni negara. Setiap kali kemunculannya di mana-mana lokasi tidak kiralah majlis rasmi atau kasual, #kehadirannya akan dapat dirasakan oleh kita semua.

#Baru-baru ini, ketika membuat persembahan di pentas peragaan Kuala Lumpur Fashion Week 2015 (KLFW2015), berlaku satu insiden mengejut dan nampak lucu - mikrofon yang digunakan oleh penyanyi tersebut, terpelanting!

#Mungkin dek kerana terlalu asyik dengan lagu nyanyiannya, pelantun lagu 'Madah Berhelah' itu melambung mikrofon yang digunakannya, #sekaligus tidak sempat untuk menyambut semula mikrofon tersebut.

#Apa pun, insiden itu nampak comel dengan gelagat Ziana yang nampak terkejut. #Kami kongsikan video insiden tersebut untuk tatapan anda.

0 comment... add one now