Facebook Pendaki B0gel Gunung Kinabalu Dihentam Netizen


PUTRAJAYA - Satu aktiviti yang menggemparkan oleh sekumpulan pelancong asing di Gunung Kinabalu Sabah baru-baru ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai dan ada yang mendakwa kejadian gempa bumi yang berlaku Jumaat lepas berpunca dari perbuatan pendaki gunung ini yang berb0gel di puncak gunung tersebut.

Salah seorang daripada pendaki tersebut telah dikenalpasti identitinya iaitu seorang warganegara Kanada, Emil Kaminski, telah mengemaskini status FBnya dengan menulis dia bersama teman-teman pendaki masih lagi berada Sabah.

"Anywho, the place is a shith0le. But I am stuck here for a few more days until the whole 'nak-ed-on-a-mountain' thing dies down. Luckily the dumbasses here have no internet and no idea!,"  

Beliau telah menempah tiket penerbangan AirAsia dari  Tawau ke Kuala Lumpur pada 10 Jun ini dan seterusnya  akan meneruskan perjalanan dengan menaiki penerbangan antarabangsa ke Taipei  seperti yang dapat dilihat dalam gambar di bawah.


Penemuan facebook Emil ini telah menyebabkan beliau menjadi sasaran kemarahan orang ramai kerana tindakan tidak bertamadun mereka.

Pelbagai komen yang dilemparkan kepadanya serta gambar mangsa kejadian gempa di Gunung  Kinabalu sebagai membantah tindakan Emil dan rakan-rakannya.


Rakyat Sabah dan juga seluruh rakyat Malaysia mengutuk tindakan pendaki-pendaki tersebut dan berharap PDRM akan mengambil tindakan sewajarnya serta menghalang mereka daripada  keluar atau melarikan diri dari negara ini.

 - THEHYPEMEDIA.COM

0 comment... add one now