Untung Le Kau Vlamir Putin Dapat Pucut Muda Trang Tengggg Biarkan Obama Dengan Perempuan Kerepotnya
UnknownWashington: Presiden Russia Vladimir Putin dihimpit gosip apabila ‘kehilangannya’ sejak lebih seminggu lalu menimbulkan spekulasi bahawa dia kini di Switzerland bagi menyambut kelahiran anak perempuan hasil hubungan sulit dengan bekas atlet gimnastik.
Malah, tajuk akhbar Blick di Switzerland dengan berani mengatakan “Es ist ein Madchen!” (‘Ia bayi perempuan!’) dan mendakwa Putin berada di Lugano bagi
menyaksikan kelahiran anak bersama Alina Kabaeva, 31,bekas atlet yang pernah berkhidmat di Parlimen Rusia dan kini bekerja dengan syarikat media.
Akhbar itu mendakwa anak perempuan Putin dilahirkan di klinik mewah Santa Anna di Sorgeno, di sempadan Itali.
Putin dilaporkan menempah dua bilik untuk Alina dan pengawalnya manakala dia sendiri bersama rakannya di kawasan berhampiran.
Bagi menghapuskan khabar angin itu, Kremlin mengeluarkan gambar dan video pertemuan antara pemimpin Rusia yang berusia 62 tahun itu dengan ketua Mahkamah Tinggi Rusia. Bagaimanapun tiada pengesahan tarikh gambar itu diambil yang semakin merancakkan spekulasi.
Rabu lalu, kerajaan mengeluarkan gambar pertemuan antara Putin dan gabenor Karelia, tetapi menurut akhbar Rusia RBC, mesyuarat itu sebenarnya berlaku pada 4 Mac.
Kali terakhir Putin dilihat di khalayak umum pada 5 Mac lalu ketika sidang akhbar di Moscow bersama Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi. Sejak itu, dua mesyuarat sepatutnya dihadirinya dibatalkan. -Agensi
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →