Peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar mengatakan pertambahan berat itu menunjukkan satu perubahan yang baik kepada tahap kesihatannya setelah mendapatkan proses rawatan pemulihan sejak akhir Januari lalu.
"Alhamdulillah, dia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan kenaikan berat badan sebanyak sembilan kilogram iaitu daripada 45 kilogram kepada 54 kilogram dalam masa sebulan di pusat pemulihan itu.
"Namun ia masih di peringkat awal pemulihan, kami sedang berusaha untuk membantu dia untuk pulih sepenuhnya dan kembali kepada masyarakat dengan imej baru," katanya menurut mStar Online.