BLACK MENGAMUK ANAK LELAKINYA DIHINA ORANG BERMULUT PUAKA!!!

Ayah mana la yang tak berang bila anak yang kita sayang telah dihina oleh orang-orang yang bermulut puaka ni.., pastu anak disamakan dengan binatang..

Miss A pun tak sampai hati nak sebut perkataan yang telah dikeluarkan seorang individu kepada anak sulung Black Hanifah..

Januari lalu Black dan isteri telah menyambut kelahiran anak sulung mereka, nak dijadikan cerita ada pulak pihak yang akal pendek ni tetiba mengutuk anak Black iaitu Khaleef Dayyan..

Menerusi temubual bersama Melodi Ahad lalu, memang Black betul-betul bengang dengan individu yang mengutuk anaknya di laman sosial..

“Dia kata anak saya beruk, maksudnya dulu kau pernah jugak jadi beruk. Isteri aku cantik, anak aku sempurna. Itu anak aku, kau nak cakap apa, cakap. Tapi jangan aku jumpa kau depan-depan, aku rembat muka kau,” tegas Black penuh perasaan..

Yang pasti memang Black nak mencari individu yang menghina anaknya tu.. Miss A pun setuju sangat apa yang Black ni cakap.. Kalau jumpa depan-depan kau rembat je muka dia Black.. Dah macam bagus sangat nak menghina ciptaan Allah.. Macam-macam hal.. Miss A/UtaraNews.com

0 comment... add one now