Cara Install WhatsApp Web: Wah! baru saja Whatsapp mengeluakan versi web untuk pengguna yang menggunakan desktop ataupun laptop. Tapi macam mana nak install kat laptop? ada guna software ke?…. tak guna software terus scan guna kod QR yang diberikan
Semudah A B C je, ok untuk guna WhatsApp Web, sila ikut arahan berikut;
Cara Install WhatsApp Web
1. Update apps WhatsApp Anda kat Play Store.
2. Ok dah update bukak pulak kat PC atau laptop anda guna link https://web.whatsapp.com/, akan keluar macam gambar di bawah;
- Kemudian tengok dalam option whatsapp klik WhatsApp Web
4. Dan terus scan QR code dalam website https://web.whatsapp.com/ yang dah bukak kat browser tadi dan terus boleh guna. Ok tu dah siap jadi macam gambar di bawah ni… Jom memancing hehehe…
Syarat penggunaannya WhatsApp kat Telefon tu pun kena buka sama, kalau tak ia tak akan sambung jugak. Jadi maknanya kena buka dua-dua (laptop dan Telefon) anda.
Kalau macam tu baik guna kat Telefon je, cuma nak mudah berurus niaga dan nampak jelas elok guna versi web.