Hari ini gambar seorang kanak2 yang dikatakan meninggal dunia kerana kejutan elektrik telah tersebar di whatsapp dan FB.
Gambar yang menyayat hati tu tersebar luas di laman sosial. Memang cepat beritanya tersebar. Sedih sangat sebab anak kecil tu meninggal kerana kecuaian orang lain.
Ia memang kecuaian orang lain lah namanya kalau dah suis charger phone tak ditutup.
Takkan kanak2 tu kot yang mengecas..Mula laa duk fikir macam2 kat kepala.
Tetapi whatsapp lain yang diterima, gambarnya sama cuma captionnya bertukar.
Ceritanya ialah kematian kanak-kanak kecil itu adalah disebabkan oleh serangan bom udara oleh jet tempur Regim Basyar di Syria.
Jadi mana satu yang betul? Rasanya cerita yang kedaua betul kot.
Kesimpulannya kalau tak tau cerita sebenar, janganlah nak memandai-mandai buat cerita ok.