[VIDEO] SUBHANALLAH! Raja Saudi Tinggalkan Obama Semasa Azan Asar Berkumandang


Subhanallah, ternyata masih ada pemimpin negara yang seperti ini.

Ketika azan berkumandang ditengah acara Sambutan Obama, Raja Arab Saudi, Raja Salman, menghentikan dan meninggalkan protokol untuk segera melaksanakan solat Asar.

Ketika itu, Presiden AS Barack Obama memimpin sebuah delegasi kongres, pegawai kanan dan dua bekas menteri luar negera Amerika Syarikat ke Arab Saudi, hari Selasa (27/1), untuk menyampaikan penghormatan dan takziah kepada keluarga kerajaan, kerana kewafatan Raja Abdullah.

Dikutip dari MuslimDaily.net (28/01/2015), kedatangan Presiden America Barack Obama dan wanita pertama negara itu, Michelle Obama serta rombongan disambut raja baru Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul-Aziz Al Saud setibanya di lapangan terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi. Ditengah acara sambutan kenegaraan ini, ada kejadian yang sangat menarik.

Ketika azan Asar berkumandang Raja menghentikan protokol sambutan dan meminta izin pada tetamunya (Obama) untuk menunaikan solat terlebih dahulu. Kejadian tersebut disaksikan jutaan rakyat melalui siaran television secara langsung.

Peristiwa tersebut mendapat komentar positif dengan perasaan bangga dan hormat karena menempatkan solat dalam keutamaannya. Anggota Dewan Fatwa Wilayah Qashim, Dr Kholid al-Mushlih menyatakan : “Bahawa apa yang dilakukan oleh pelayan dua tanah suci Raja Salman bin Abdulaziz hari ini dengan mengutamakan solat dan melaksanakannya di tengah-tengah kunjungan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama merupakan bukti rasa hormat terhadap hukum Islam dalam segala situasi”.

Beliau juga menjelaskan bahawa sikap King Salman memberikan petunjuk kepada semua, bahawa hak Allah berada diatas hak apapun dan siapapun, dan sikap ini memberikan jaminan dan ketenangan bahawa pemimpin kami sangat memberi perhatian terhadap syariat islam walaupun dalam kondisi dan keadaan apapun.

Berikut video detik-detik Raja Salman Meninggal Barack Obama Demi Menjawab Panggilan Azan


0 comment... add one now