Tips Selamatkan Barang Elektronik & Kereta Lepas Banjir



Tak pernah cuba lagi tips ni. Sebelum ni kena banjir, memang terus anggap dah rosak dan buang barang- barang elektrik ni. 

Ya lah, dengan bertanah dan berlumpur memang tak fikir boleh diselamatkan lagi. Sekarang barang elektrik semua dah letak di tempat tinggi. Dah tak terendam seperti sebelum-sebelum ni. 

Setakat ni, selamat dari terkena air. Jadi tak sempat nak cuba tips ni. Mungkin kawan-kawan boleh mencuba. 

Tips ni rasanya dah merata di dalam forum dan blog-blog lain. Sekadar berkongsi di sini dari pengalaman salah seorang mangsa banjir besar di Jitra, Kedah 2005. Menurutnya, barang elektrik yang terkena air berlumpur dan bertanah belum lagi rosak 100%. Barang elektrik bukan gula atau garam yang larut dalam air. Ia adalah plastik dan logam yang tidak terjejas oleh air, asalkan jangan ada arus elektrik melaluinya. 

Sebenarnya ia sekadar kotor sahaja selepas banjir, hanya perlu cuba tips berikut: 

1. JANGAN SEKALI2 CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK. 

2. Kumpul semua peralatan letrik , kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur disetiap bahagian. 

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dlm peralatan , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur. 

JANGAN MEMBERUS , JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPOR YG DEGIL 

3. Bila dah rasa cukup bersih , jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya. 

4. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering. 

5. Pasangkan balik back cover atau penutup. 

6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK. 

Percaya atau tidak sehingga hari ini insan yang bagi tips ni masih menggunakan TV ,peti sejuk ,mesin basuh ,kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. 

Kira-kira 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula. 

YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR. 


Tips kedua dari pomen: Untuk kereta pula boleh cuba cara sama. Jangan cuba hidupkan enjin kereta yang baru lepas tenggelam banjir. 

Cuci kotoran permukaan dan jemur beberapa hari untuk keringkan komponen elektrik kereta dan bahagian enjin. 





 Kalau boleh terus tunda ke bengkel kereta untuk tanggalkan komponen-komponen bagi membuang air terperangkap sekaligus mempercepatkan proses pengeringan. 



Tips ini dapat dari orang kerja bengkel yang nasihat buat cara ini untuk mengurangkan kesan kerosakan lebih teruk. Mudah-mudahan dapat membantu. Selamat mencuba!

sumber: perisikrimba

0 comment... add one now