Kerana Dibuli Rakan Puteri Balqis Tak Ke Sekolah

balqis
Musim cuti sekolah sudah pun berakhir dan pastinya ibu bapa antara individu yang kembali sibuk menguruskan hal persekolahan anak-anak. Berbeza pula buat Puteri Balqis yang khabarnya enggan ke sekolah kerana takut dibuli? Hai umur 8 tahun pun dah ada kes buli ke?
Sebenarnya Balqis sudah mula belajar secara persendirian sejak berusia tiga tahun dan pengalaman dibuli itu dilalui semasa di tadika.

Rasa Tersiksa Dipermainkan Rakan

balqis2
Bercakap kepada mStar, Balqis mengakui dirinya lebih selesa untuk belajar bersendirian di rumah kerana beranggapan ia lebih mudah untuk memahami apa yang diajar oleh guru persendiriannya.
Aqish lebih selesa belajar di rumah sahaja kerana kalau di sekolah Aqish rasa tersiksa bila kawan-kawan mempermainkan Aqish. Sampai bila-bila pun Aqish mahu belajar di rumah sahaja.
Kalau tentang pelajaran berkaitan agama seperti mengaji Al-Quran, ibu Aqish yang ajar.
Jelas Balqis, walaupun sibuk dengan jadual kerja sebagai pelakon namun ianya tidak membataskan dia untuk bergaul dan bermain seperti kanak-kanak lain.

Belajar Jadi Seorang Penyabar

GUN
Balqis yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan kontroversi di antara ibu bapanya dan Jinggo mengakui tahu akan apa yang berlaku malah belajar untuk menjadi seorang yang penyabar.
Dulu awal-awal kalau baca berita negatif Aqish akan cepat emosi dan menangis. Tetapi sekarang bila baca Aqish akan tanya pada ibu tentang kesahihanya.
Tetapi kalau tentang perkara itu melibatkan ibu-bapa, Aqish tidak boleh terima dan akan menangis.
Bagi kami tak kisah lah belajar di sekolah atau pun di rumah yang penting pelajaran jangan diabaikan.

0 comment... add one now