Finalis Gegar Vaganza, Ifa Raziah kecewa dengan komen yang diberikan Datuk Rosyam Nor yang mengatakan persembahannya pada peringkat akhir itu tidak sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia kerana adegan berpeluk-peluk.
Ifa Raziah berkata sebagai seorang pelakon berpengalaman Rosyam sepatutnya sedar adegan peluk-peluk bersama artis jemputan, Hisyam Hamid menerusi lagu Matahari adalah sekadar lakonan dalam perembahan semata-mata.
Ini komen Ifa Raziah: (mStar)
"Saya terima dengan hati terbuka komen dibuat oleh Rosyam cuma berasa sedih kerana beliau sendiri seorang pelakon berpengalaman yang sepatutnya faham apa yang saya lakukan itu hanyalah lakonan dan sebahagian daripada persembahan.
"Tidak terlintas dihati saya hendak menggatal dengan Hisyam mahupun menimbulkan situasi kurang senang dikalangan penonton atau juri kerana setiap minggu saya memang tampil dengan perceritaan menerusi lakonan dalam nyanyian saya.
"Sesiapa yang mengikut program tersebut pasti tahu yang saya setiap minggu akan menyelitkan lakonan dalam persembahan saya malah ada lebih dahsyat saya buat berbanding peringkat akhir ini,"
Juri Rosyam Nor telah menegur cara Ifa Raziah mempersembahkan aksinya dengan memeluk Hisyam yang dikatakan agak keterlaluan.
Namun Ifa Raziah berharap penonton dapat berfikiran positif dan menerima persembahannya sebagai persembahan seni.
Ifa Raziah berada di tempat kelima dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi.
sumber : http://hotlips-yuya.blogspot.com