Dimanakah pesawat rasmi yang sepatutnya digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk balik ke Malaysia dari Hawaii menghilang?
Itu adalah soalan yang dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pemuda PKR, Lee Chean Chung setelah spekulasi yang mengatakan Najib pulang ke Malaysia menggunakan pesawat TUDM yang bernombor pendaftaran M53-01.
Pesawat TUDM yang membawa Najib Pulang ke Malaysia dari Hawaii. |
Najib pergi ke US dengan menggunakan pesawat rasmi kerjaan yang bernombor pendaftaran 9M-NAA tetapi terpaksa menyingkatkan tempoh percutian setelah sesetengah negeri di Malaysia dilanda banjir buruk dan gambarnya bercuti bersama Obama menjadi viral di media sosial.
Pesawat Airbus yang digunakan Najib untuk ke US. |
Semakan di laman web pengesanan penerbangan FlightRadar24.com menunjukkan bahawa pesawat Airbus yang digunakan oleh Najib dan rombongannya meninggalkan Honolulu pada Hari Krismas dan berakhir di Indianapolis di Indiana.
Sejak dari itu, pesawat tersebut tidak dapat dikesan melalui FlightRadar24.
"Saya mahu tahu kenapa pesawat rasmi itu tidak digunakan untuk membawa beliau pulang tetapi sebuah pesawat TUDM pula yang digunakan, yang memerlukan kos tambahan".
Selain itu, Lee juga mahu mengetahui kenapa pesawat itu berada di Indianpolis dan siapa yang sedang menggunakannya sekarang. - Siakapkeli.com.my