Helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas ketika misi menghantar barangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai di Tanah Merah, hari ini. - Foto Bernama |
KUALA LUMPUR - Empat orang yang menaiki helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) terselamat apabila pesawat itu terhempas ketika misi menghantar barangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan, 6.30 petang tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan kejadian itu berkata, dua juruterbang dan dua anggota kru pesawat itu terselamat.
"Alhamdullilah dua juruterbang dan dua kru terselamat," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.
Difahamkan keempat-empat mereka mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Tanah Merah.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.
Saksi mengatakan mereka melihat pesawat itu berlegar rendah di udara sebelum terdengar letupan lalu menjunam ke bawah. - Bernama
The King Casino is the 출장안마 new place where septcasino.com the real money gambling is legal in 출장안마 Florida and Pennsylvania. We love the new casino. We've https://jancasino.com/review/merit-casino/ got some great gri-go.com