Dua Bersaudara Lemas Di Pengkalan Chepa Dihanyutkan Arus Deras



KOTA BHARU - Dua lelaki mati lemas ketika mandi di Sungai Raja berhampiran Kampung Dusun Raja, Pengkalan Chepa di sini, hari ini, menurut polis.
   
Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Muhammad Anwaruddin Rosdin, 24, dan sepupunya Adlizil Ikram Abd Rahim, 25, sedang mandi di sungai itu apabila Muhammad Anwaruddin dihanyutkan arus deras.
   
Sepupunya itu cuba menyelamatkannya dan menyebabkan kedua-duanya hilang dibawa arus deras, kata Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa.
   
"Mayat kedua-duanya telah dijumpai," katanya.
   
Katanya, mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat. - Bernama

0 comment... add one now